Friday, September 19, 2008

kembara insan


13 september lalu, bermula sebuah kembara menyelami hati insan yang kian jauh dari kita....yang kian tidak dihiraukan oleh golongan yang dikatakan 'educated' seperti kita.... ramai kalangan kita tidak mengenali dan mengetahui sebuah desa yang tenang dan penuh dengan 'toleransi' agamanya iaitu kampung Tampios, Ranau, Sabah. Saudara yang berasal dari tanah semenanjung mungkin merasakan nama kampung ini ganjil dan mungkin juga agak melucukan, namun ada kisah disebalik kampung ini yang perlu kita nilai dahulu. Kampung ini suatu ketika dulu ingin dijadikan sebagai sebuah pusat penyebaran islam zon barat sabah, dan ramai golongan saudara baru kita diislamkan disini. Namun bila runtuhnya kerajaan pentadbiran (kekalahan sebuah parti politik), maka mula lah juga runtuhnya tiang-tiang akidah saudara baru kita ini. Cita-cita ingin mewujudkan pusat penyebara islam tergendala. Islam kian pudar di hati mereka. Bukan salah mereka, namun salah kita sendiri yang tidak menjenguk saudara-saudara kita ini. Ketibaan rombongan kami disambut dengan riang tawa kanak-kanak penduduk kampung. Manja sekali kanak-kanak disitu seolah olah kunjungan kami begitu mereka nantikan selama ini. Melihat kehidupan harian mereka, memang jelas banyak perkara asas islam yang mereka belum ketahui dan dalami.....islam dan kristian bagi mereka adalah sama, yang membezakan adalah nama saja..... namun ada juga beberapa golongan yang sedar kepentingan islam kepada manusia, namun oleh sebab keterbatasan daya dan ilmu, islam tidak dapat disebarkan secara menyeluruh di kawasan tersebut..... rata rata penduduk kampung ingin mempelajari islam itu sendiri, namun galakan dan tunjuk ajar adalah diparas yang begitu daif sekali.....mereka perlu perhatian kita, mereka perlu kasih sayang kita, mereka perlu sentuhan kita, mereka amat perlukan kita ....dan mereka sangat memerlukan islam. Semalaman berkampung dan mendekati hati-hati penduduk kampung, kami terpaksa pergi meninggalkan kampung Tampios. Walau hati seakan telah terpaut padanya, langkah yang berat harus digagahi kerana keterbatasan waktu. Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan semula tiang akidah islam, menyuburkan semula kasih sayang islam, menyinari semula dengan nur islam di sana....kerna di sana dakwah untuk islam adalah subur sekali....waallahualam..

kenapa bumi itu sfera?????


Ramai antara kita sedia maklum bahawa bentuk bumi kita adalah sfera, walaupun bukan sebuah sfera yang sempurna kerana dipengaruhi oleh permukaannya yang tidak rata dan bergunug-ganang. Namun apakah hikmah disebalik bentuk bumi yang sfera itu, mengapa semasa pembentukannya bumi tidak berbentuk segi empat atau bentuk yang lain??? Jika dikaitkan dengan azan yang dilaungkan setiap hari, boleh dikatakan sepanjang hayat kita azan takkan terputus berkumandang disebabkan oleh bentuk bumi yang sfera. Jika azan subuh dimalaysia telah selesai, azan akan diteruskan oleh kawasan yang sebelah baratnya seperti Thailand, India dan seterusnya. Belum sempat azan subuh di kawasan Eropah, azan zohor pula mula berkumandnag di Malaysia. Begitula seterusnya, maka azan takkan berhenti berkumandang selagi mana islam itu masih tertegak........ hebatnya kuasa Allah S.W.T cuma kadang-kadang kita je yang tak pernah mahu berfikir tentang kebesaran-Nya, walaupun dengan jelas pada setiap kejadian ada tanda-tanda kebesaran-Nya. Jadi renung-renungkan adakah setiap pandangan kita sentiasa melihat kebesaran Allah S.W.T ataupun hanya sekadar melihat kebesaran hawa nafsu kita yang sentiasa membuak-buak.....semoga kita dielakkan dari sifat sedemikian.....