Friday, December 24, 2010

KRismas di KoRea

kawan ku : jadi, kat Malaysia takda salji la?

aku : yup, spanjang tahun musim panas dan kadang2 musim hujan waktu hujung tahun

kawan ku : jadi mcm mana santa claus nak datang waktu krismas kalau tiada salji???

aku : (diam kjap)...tu la sbb aku tak pcaya dengan santa claus......( kami pun ketawa)

Kian sibuk manusia sekitar dgn persediaan krismas dan itu mengingatkan aku dengan perbualan diatas. Perbualanku dgn salah sorg kawan berbangsa korea (perbualan dalam bhs inggeris aku dah terjemahkan).
Perbualanku dengannya memberi satu perspektif betapa prayaan krismas di sana (korea) hanya bertunjangkan kpada perayaan smata tanpa ada roh agama kristian sndiri. Ini juga sbnrnya berlaku di negara2 barat. lebih kurang 20% org korea merupakan penganut kristian, namun agama kristian disana seolah olah menjadi sebuah "fesyen" sahaja yg kebanyakkannya dianuti oleh golongan yg berada d bandar2 besar.
kawanku yg sorg ni hanya merayakan krismas tapi dia bukanlah seorg penganut kristian dan dia hanya mengikut kepercayaan nenek moyang ( menyembah roh nenek moyang kepercayaan tipikal org korea).
Menyambut krismas hanya mengikut budaya barat yg menyambutnya saban tahun hanya utk bersuka ria tanpa mengetahui sebab dan tujuan perayaan itu di sambut.
Namun konsep sebegini juga makin menular di kalangan kita, masuk hari pertama puasa, lagu raya dah berdendang......sedarkah kita??

No comments: