Friday, February 13, 2009

kasihku abadi


Ramai antara kita masih mempersoalkan kenapa dalam islam diharamkan menyambut hari valentine sedangkan amalan berkasih sayang merupakan fitrah manusia. Adakah islam bertentangan dengan fitrah manusia??? Tidak menyambut valentine day tidak bermakna tidak mempunyai perasaan kasih sesama manusia. Malah dalam islam, berkasih sayang antara manusia memang sangat digalakkan, namun perlu ada beberapa landasan yang perlu diikuti untuk menjadikan rasa cinta dan kasih itu lebih sempurna. Pada pandangan penulis, ada beberapa perkara yang perlu dilihat kenapa islam menegah sambutan hari kekasih ini


1. Nilai kasih sayang

sambutan sekali setahun menggambarkan bahawa suasana romantis hanya akan berlaku sekali setahun, dan hari-hari lainnya sekadar biasa-biasa sahaja. Bagi pasangan yang bercinta, waktu ini lah akan keluar bersama-sama, saling bertukar hadiah dan cuba menciptakan suasana yang paling romantis. Namun, keesokannya suasana sebegitu tidak wujud lagi. Padahal jika kita lihat ikon islam, iaitu Rasulullah S.A.W, baginda merupakan suami yang paling romantik yang mana setiap hari akan mencorakkan rumahtangganya dengan suasana romantis.


2. Erti kasih sayang

Dalam sambutan hari kasih sayang, boleh dikatakan pasangan kekasih ini hanya akan menyambutnya berdua bersama sama pasangannya sahaja. Disini jelas, konsep kasih sayang yang cuba ditonjolkan pada hari berkasih sayang ini cukup sempit ruang lingkupnya iaitu antara dua insan yang bukan mahram sahaja. Sedangkan fitrah manusia bukan sekadar ingin mencintai dan dicintai oleh satu orang sahaja. Dalam islam, Allah S.W.T dan Rasul-Nya, sahabat-sahabat, saudara-saudara kita dan setiap makhluk-Nya juga perlu kita cintai. Dan ini memperlihatkan konsep dan erti kasih sayang dalam islam jauh lebih luas dari apa yang manusia cuba ciptakan.


3. Percikkan cinta

percikan cinta bilamana di tambahkan dengan nafsu tak terkawal dan bisikan iblis yang mengalpakan, maka percikan ini boleh menjadi api yang marak mampu membakar nilai-nilai mahmudah dalam diri. Bila mana api ini terhasil, maka timbullah unggkapan " lautan api neraka pun aku sanggup renangi". Dan mungkin saja, banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku secara sepontan. Sekaligus menodai kalimah cinta itu sendiri.


Ada banyak lagi sebenarnya aspek yang perlu kita lihat dalam menilai hikmah mengapa islam melarang sambutan hari kekasih. Sesungguhnya kasih yang abadi hanya kasih kepada sang maha pencipta....wasalam

Wednesday, February 4, 2009

“Arrogant” nya Erdogan


Baru-baru ini PM turki, Erogan menempelak PM Israel ketika berlangsungnya persidangan Negara-negara kaya di forum ekonomi dunia (WEF). Mungkin ini satu langkah yang besar diambil oleh turki, kerana tindakannya itu menggugat hubungan baiknya dengan Negara Israel. Bermula dengan demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat turki yang mana merupakan terbesar di dunia yang melibatkan hampir 1 juta orang, kini suara rakyat ini disalurkan pula oleh pemimpinya sendiri untuk dunia mengetahui pendirian mereka. Nyata tindakan ini mulai membuka mata dunia bahawa tiada apa yang perlu di takuti dengan Negara Israel, kerana Israel hanya menjadi kuat bilamana dia dibantu oleh ‘rakan-rakan setianya’. Namun kita perlu ingat, masih banyak Negara islam yang masih membantu Israel dan ‘rakan-rakan setianya’ demi untuk menumpukkan wang menjadi bangunan tertinggi di dunia dan demi untuk kepuasan duniawi semata. Diharapkan langkah besar yang turki lakukan mampu menarik Negara-negara islam kearah perubahan dan penyatuan semula atas dasar cinta islam......wasalam

Bala Allah S.W.T


“Allah S.W.T tidak akan megubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri berusaha mengubahnya”(surah al-ra’du ayat 11). Mungkin kalimat ini seringkali kita dengar, namun pada pandangan penulis sendiri, kalimat ini sebenarnya menggambarkan apa yang berlaku pada umat islam pada hari ini. Tatkala umat islam seluruh dunia mengutuk dan mengharapkan bala akan menimpa kaum yahudi laknatullah, namun ramai antaranya lupa untuk melihat diri sendiri. Ramai tidak sedar kenapa bala Allah tidak menimpa terus kepada kaum yahudi. Mungkin umat islam lupa bahawa umat islam dunia kian berpecah belah akibat perbezaan pendapat dan perbezaan kepentingan. Pada pandangan penulis, ini lah sebab bala Allah tidak sampai kepada yahudi....umat islam tidak mahu mengubah umatnya sendiri. Lihat saja mesir yang dengan selmbanya menutup pintu-pintu sempadannya kepada saudara sendiri demi menjaga kepentingan lain. Mungkin kita patut lebih bersungguh untuk berdoa dan berusaha untuk menyatukan hati-hati umat islam daripada hanya berdoa dan berusaha untuk memusnahkan kaum yahudi. Jika dilihat, perpecahan umat islam kini berpunca dari faktor dalaman, antaranya yang paling jelas adalah masalah penghayatan islam sebagai cara hidup yang bukannya hanya sekadar ritual. Jadi apa tindakan kita sebagai individu islam? Tepuk dada Tanya iman.... wasalam