Friday, February 13, 2009

kasihku abadi


Ramai antara kita masih mempersoalkan kenapa dalam islam diharamkan menyambut hari valentine sedangkan amalan berkasih sayang merupakan fitrah manusia. Adakah islam bertentangan dengan fitrah manusia??? Tidak menyambut valentine day tidak bermakna tidak mempunyai perasaan kasih sesama manusia. Malah dalam islam, berkasih sayang antara manusia memang sangat digalakkan, namun perlu ada beberapa landasan yang perlu diikuti untuk menjadikan rasa cinta dan kasih itu lebih sempurna. Pada pandangan penulis, ada beberapa perkara yang perlu dilihat kenapa islam menegah sambutan hari kekasih ini


1. Nilai kasih sayang

sambutan sekali setahun menggambarkan bahawa suasana romantis hanya akan berlaku sekali setahun, dan hari-hari lainnya sekadar biasa-biasa sahaja. Bagi pasangan yang bercinta, waktu ini lah akan keluar bersama-sama, saling bertukar hadiah dan cuba menciptakan suasana yang paling romantis. Namun, keesokannya suasana sebegitu tidak wujud lagi. Padahal jika kita lihat ikon islam, iaitu Rasulullah S.A.W, baginda merupakan suami yang paling romantik yang mana setiap hari akan mencorakkan rumahtangganya dengan suasana romantis.


2. Erti kasih sayang

Dalam sambutan hari kasih sayang, boleh dikatakan pasangan kekasih ini hanya akan menyambutnya berdua bersama sama pasangannya sahaja. Disini jelas, konsep kasih sayang yang cuba ditonjolkan pada hari berkasih sayang ini cukup sempit ruang lingkupnya iaitu antara dua insan yang bukan mahram sahaja. Sedangkan fitrah manusia bukan sekadar ingin mencintai dan dicintai oleh satu orang sahaja. Dalam islam, Allah S.W.T dan Rasul-Nya, sahabat-sahabat, saudara-saudara kita dan setiap makhluk-Nya juga perlu kita cintai. Dan ini memperlihatkan konsep dan erti kasih sayang dalam islam jauh lebih luas dari apa yang manusia cuba ciptakan.


3. Percikkan cinta

percikan cinta bilamana di tambahkan dengan nafsu tak terkawal dan bisikan iblis yang mengalpakan, maka percikan ini boleh menjadi api yang marak mampu membakar nilai-nilai mahmudah dalam diri. Bila mana api ini terhasil, maka timbullah unggkapan " lautan api neraka pun aku sanggup renangi". Dan mungkin saja, banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku secara sepontan. Sekaligus menodai kalimah cinta itu sendiri.


Ada banyak lagi sebenarnya aspek yang perlu kita lihat dalam menilai hikmah mengapa islam melarang sambutan hari kekasih. Sesungguhnya kasih yang abadi hanya kasih kepada sang maha pencipta....wasalam

No comments: