Wednesday, November 19, 2008

Bulan pernah terbelah


retakan yang dikatakan boleh dilihat pada permukaan bulan
sumber NASA, Apollo 10 1969





Selain mukjizat agung iaitu Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W, banyak lagi sebenarnya Allah mengurniakan baginda mukjizat bagi mematahkan hujah kaum kafir quraisy laknatullah. Ramai antara kita yang pernah mendengar kisah Rasulullah S.A.W menunjukkan mukjizatnya ketika mana berhujah dengan membelah bulan. Namun hati keras yang dimiliki oleh sebahagian besar kaum kafir quraisy ketika itu dan mendakwa itu sihir belaka. Kafir quraisy percaya bahawa hanya orang disekitar Rasulullah S.A.W sahaja yang boleh kena sihir ketika itu, maka dengan itu bagi menafikan mukjizat Rasulullah S.A.W tadi, mereka mencabar agar menayakan peristiwa itu terhadap manusia yang tiada di sekitar mereka ketika itu. Dan ditanyalah kabilah yang baru tiba di makkah beberapa hari kemudian, kabilah menyatakan bahawa memang mereka melihat bulan terbelah dan kemudiannya bercantum semula. Sebahagian kafir quraisy mulai mempercayai Rasulullah S.A.W namun sebahagian lagi masih dengan sifat keras hati mereka (kisah ini dari hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Masud, Sahih Bukhari). Seperti yang juga telah diterangkan dalam surah Al-Qamar dari Ayat 1 “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda2 kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap… (sampai akhir surat Al-Qamar). Namun ada sumber mengatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh NASA membuktikan bahawa memang suatu masa dahulu bulan pernah terbelah dua kerana kesan belahan dapat dilihat pada batuannya yang telah diambil dan telah diselidiki oleh pakar geologi. Dan belahan itu wujud sehingga kedalam teras bulan itu sendiri. Kesan belahan ini jika diamati juga dapat dilihat pada permukaan bulan itu sendiri. Sesungguhnya perancangan A.S yang jutaan dollar yang asalnya untuk membuat pihak A.S mendabik dada dengan kehebatan mereka, rupa-rupanya adalah ‘jalan cerita’ yang Allah S.W.T cipta bagi menunjukkan tanda-tanda kekuasaannya kepada seluruh kaum manusia. Namun kisah pembuktian itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun yang sahihnya bulan itu memang pernah terbelah (dibuktikan dari Al-Quran dan Hadis). Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita harus beriman kepada Allah S.W.T dan rasulnya walaupun tiada bukti kukuh tentang kesan mukjizat membelah bulan itu pada hari ini. Yang mengizinkan perkara itu berlaku adalah Yang Maha Agung lagi Maha bijaksana,dan Dia mampu membelah dan mencantumkan ciptaannya itu tanpa sebarang kesan pun sepertimana Dia pernah ‘membedah’ untuk membersihkan hati insan bernama Muhammad sebanyak dua kali. Subhanallah....
Wallahualam...

2 comments:

Faranaqwiah said...

salam ziarah...
tahniah atas perkembangn...
teruskan ush...
cadgn-letaklah shoutbox...
senang mau komen... =)

Dzulqarnain said...

syukran...baru ada kesempatan nak buat