Monday, June 29, 2009

kembara nusantara



Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
[Al-Hujuraat; 13]


HAMKA
Allah telah menganugerahkan manusia mata untuk melihat kebesaran dan keagungan ciptaannya, dan kembara menelusuri dunia ciptaannya ini tentunya banyak memberi impak terhadap sang hamba. kesempatan melawat negara jiran begitu membuka mata dan hati insan yang kerdil ini untuk menukilkan sedikit pengalaman di sana. Indonesia merupakan negara yang besar dan mempunyai bilangan umat islam teramai dan negara ini menyimpan pelbagai kisah-kisah kedatangan dan penyebaran islam di nusantara.


sebelum sampainya islam di indonesia, beberapa agama telah bertapak di negara bekas jajahan belanda ini...namun agama majoriti yang dianuti oleh rakyatnya adalah bergantung pada waktu sampainya suatu ajaran tersebut. bila mana satu ajaran dan kepercayaan baru datang, maka lenyaplah agama yang sebelumnya. bilangan rakyat yang menganuti agama yang awal tadi menjadi minoriti berbanding ajaran yang baru tiba.


namun hal ini telah berubah bilamana islam bertandang ke dunia nusantara ini....islam telah sampai ke indonesia lebih dahulu berbanding ajaran kristian, namun ajaran kristian tidak dapat menawan hati para rakyat indonesia sebagaimana agama baru yang datang sebelumnya (islam) walaupun pelbagai usaha telah dijalankan termasuk menjajah negara tersebut (imprealis barat) dari segi fizikal.

lantas timbul soalan kecil di hati insan yang kerdil ini, mengapa islam tetap utuh di hati rakyat indonesia???? salah satu adalah atas sebab kekuatan dakwah yang dilakukan oleh golongan pendakwah terdahulu. antara pendakwah yang tersohor adalah wali songo (wali sembilan) dan HAMKA (Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah) . berkemungkinan besar juga ajaran yang disampaikan oleh golongan ulama ini sampai betul-betul ke hati nurani rakyat indonesia, sehinggakan ajaran islam berakar di hati mereka-mereka yang menerima islam tadi.

kesan kemasukan islam di indonesia amat ketara, dan boleh penulis katakan disetiap 500 m perjalanan pasti akan bertemu dengan masjid atau surau yang begitu indah senibinaya...walaubagaimanapun indonesia tetap sebuah negara yang sekular, dan ini adalah kejayaan imprealis barat terhadap jajahannya (yang sebelum ini) walaupun tidak berjaya sepenuhnya untuk menukar agama suci islam seluruhnya.
ajaran islam memang masih di titik beratkan dalam kehidupan, cuma seperti pembawaan negaranya yang bercorak sekular, kehidupan harian dan upacara ritual dipisahkan...agak sedih untuk mendengar dan melihat suasana begini. dan tidak di nafikan perkara yang sama berlaku di negara kita yang di pernah di war-warkan sebagai sebuah negara islam.....

bila lagi agaknya kemunculan wali songo generasi baru akan muncul?
bila lagi agaknya HAMKA mellinium akan lahir??
bila lagi agaknya sang pendakwah agung akan mucul semula?
jawapannya ada pada kita, kerna setiap perubahan bermula dari diri kita sendiri.....wasalam

No comments: